Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A14 dilancar di Malaysia: Skrin FHD+ 6.6″, kamera 50MP dan bateri 5,000mAh berharga RM799

Hari iniSamsung mengumumkan pelancaran Galaxy A14 baharu di Malaysia yang boleh didapati mulai 15 Mac 2023. Ia menampilkan paparan yang luas dan lancar berserta kemampuan bateri untuk berbilang hari.

Di bahagian belakang, ia mempunyai tekstur lentikular bersama tri-kamera yang terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 5MP dan kamera makro 2MP. Paparannya menawarkan resolusi FHD+ pada skrin bersaiz 6.6 inci sambil menempatkan kamera swafoto 13MP.

Selain itu, Galaxy A14 turut menawarkan saiz storan yang boleh dikembangkan sehingga 1TB menggunakan mikroSD. Ia juga dilengkapi dengan antaramuka One UI 5.1 terkini yang mampu menerima peningkatan OS Android sehingga dua generasi dan kemaskini keselamatan sehingga empat tahun. 

Kapasiti baterinya adalah 5,000mAh yang boleh bertahan sehingga beberapa hari mengikut penggunaan. Terdapat tiga pilihan warna iaitu hitam, merah tua dan perak. Selaras dengan komitmen Samsung Galaxy for the Planet, plastik kitar semula digunakan untuk komponen peranti manakala aksesori diperbuat dengan TPU berasaskan bio berserta pembungkusan minimalis menggunakan kertas kitar semula.

Nikmati jaminan lanjutan Samsung Care+ untuk satu tahun secara percuma dengan setiap pembelian Galaxy A14 pada harga RM799 bermula 15 Mac hingga 31 Disember 2023. Anda boleh dapatkan peranti ini di Samsung Experience Store, peruncit rasmi Samsung dan kedai dalam talian Samsung.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version