Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A14 disenaraikan dalam laman web Samsung Malaysia, mungkin dilancar dalam masa terdekat

Samsung telah melancarkan telefon pintar kelas permulaan Samsung Galaxy A14 untuk pasaran antarabangsa pada awal Januari lalu dan kini ia mungkin akan dilancar untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi. Jika anda layari laman web Samsung Malaysia, laman khas untuk Galaxy A14 sudah pun tersenarai di situ, menandakan pelancarannya yang semakin hampir.

Kami menjangkakan Galaxy A14 yang dijual di Malaysia tidak mempunyai banyak perbezaan dengan varian antarabangsa. Ia bakal dilengkapi cipset Exynos 1330 atau MediaTek Helio G80, dan skrin LCD berukuran 6.6 inci dengan resolusi FullHD+.

Memorinya terdiri daripada RAM 6GB dan storan dalaman 128GB, namun ia boleh dibesarkan dengan kad memori microSD sehingga 1TB. RAM juga boleh dibesarkan secara maya dengan fungsi Extended RAM.

Baterinya berkapasiti 5,000mAh dan boleh dicas melalui port USB-C. Ia juga masih mempunyai bicu audio 3.5mm dan terdapat pengimbas cap jari di bahagian sisi. Kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 5MP, kamera makro 2MP dan kamera hadapan 13MP.

Setakat ini masih tiada maklumat mengenai harganya untuk pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version