Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A16 LTE dilancar di Malaysia: Cipset Helio G99, 6 tahun kemas kini berharga RM659

Selepas melancarkan Samsung Galaxy A16 5G pada bulan lalu, kini Samsung Malaysia memperkenalkan varian baharu yang menyokong rangkaian 4G/LTE sahaja iaitu Samsung Galaxy A16 LTE. Ia merupakan telefon mampu milik yang dilengkapi spesifikasi cukup untuk kegunaan harian dan dijual pada harga RM659.

Selain perbezaan rangkaian, satu lagi perbezaan utama antara Galaxy A16 5G dengan Galaxy A16 LTE adalah daripada segi cipset, di mana Galaxy A16 LTE dilengkapi cipset MediaTek Helio G99. Ia juga dilengkapi RAM 4GB dan storan dalaman 128GB yang boleh dibesarkan dengan kad microSD sehingga 1.5TB.

Skrin di hadapannya menggunakan panel Super AMOLED berukuran 6.7 inci dengan resolusi Full HD+ dan kadar segar semula 90Hz. Baterinya pula berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 25W.

Di belakang, ia mempunyai tiga kamera iaitu kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 5MP dan kamera makro 2MP.

Satu ciri menarik untuk telefon ini adalah ia akan menerima kemas kini Android yang sangat lama iaitu selama enam tahun.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Samsung Galaxy A16 LTE:

Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenainya. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version