Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A22 5G bakal jadi telefon 5G termurah Samsung, mungkin hadir di Malaysia

Samsung Galaxy A21 mungkin tidak hadir di pasaran Malaysia, tetapi peminat Samsung di Malaysia sudsh menerima kedatangan Samsung Galaxy A21s. Terkini, terdapat sumber yang melaporkan bahawa Samsung Galaxy A22 5G bakal menjadi telefon pintar 5G yang termurah dari Samsung dan ianya mungkin hadir di pasaran Malaysia.

Menurut sumber, Samsung Galaxy A22 5G bakal dilancar sebagai pengganti kepada Samsung Galaxy A21. Ia dilapor bakal menjadi peranti 5G dengan harga paling berpatutan yang ditawarkan oleh Samsung, iaiti 20,000 Won (sekitar ~RM734).

Walaupun Galaxy A21 tidak hadir di pasaran Malaysia, namun Galaxy A22 5G dilapor bakal hadir di pasaran Asia Tenggara termasuk Malaysia dan bersaing dengan jenama telefon pintar lain seperti Xiaomi dan OPPO. Perkara ini bukan hal yang mustahil kerana Samsung dilapor merancang untuk lancarkan lebih banyak telefon 5G kelas permulaan untuk pasaran.

Setakat ini, kami masih tiada maklumat mengenai spesifikasinya. Namun, anda boleh menyemak spesifikasi Samsung Galaxy A32 5G.

Beritahu pandangan anda mengenai perkara ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version