Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A23 5G dilancar: SD 695, LCD 6.6″ dan bateri 5,000mAh

Samsung akhirnya melancarkan Galaxy A23 5G selepas terdapat beberapa khabar angin mengenai peranti itu awal tahun ini. Varian 5G ini menampilkan cipset Qualcomm Snapdragon 695 dan panel LCD 6.6 inci dengan resolusi FHD+.

Walau bagaimanapun, model sebelum ini hadir dengan kadar penyegaran 90Hz serta Gorilla Glass 5 dan masih belum disahkan sama ada ianya hadir untuk Galaxy A23 5G. Baterinya berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan untuk pengecasan pantas 25W.

Pada bahagian belakangnya terdapat empat kamera secara keseluruhan dengan kamera utama 50MP lensa f/1.8 dan Penstabilan Imej Optik (OIS) + ultra-lebar 5MP (f/2.2) serta kamera 2MP untuk makro dan kedalaman. Sementara itu, bahagian hadapan mempunyai kamera swafoto 8MP yang ditempatkan di takuk titisan air.

Ciri lain termasuk slot kad mikroSD yang boleh dikembangkan sehingga 1TB dan OneUI 4.1 berdasarkan Android 12. Samsung tidak mendedahkan butiran harga tetapi kami tahu bahawa Galaxy A23 5G hadir dengan pilihan memori RAM 4GB, 6GB atau 8GB dan storan 64GB atau 128GB.

Apakah pendapat anda tentang varian 5G Galaxy A23? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version