Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A32 4G dilancar: Telefon siri A dengan skrin AMOLED 90Hz, 5000mAh

Pada awal Januari lalu, Samsung telah melancarkan Samsung Galaxy A32 5G di pasaran Eropah. Secara diam-diam, Samsung kini merasmikan pula kehadiran Samsung Galaxy A32 varian 4G. Namun, tarikh penjualan dan harga rasminya masih belum diumumkan.

Samsung Galaxy A32 4G memiliki beberapa spesifikasi yang berbeza dengan varian 5G. Cipsetnya tidak dinyatakan nama secara spesifik, namun dijana oleh cip teras-okta 2.0GHz. Menurut sumber, varian 4G ini dilengkapi RAM 4GB, pilihan storan 64GB atau 128GB, bateri 5000mAh dan paparan Super AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz. Terdahulu, Galaxy A32 5G memiliki skrin LCD dengan kadar segar semula 60Hz sahaja.

Galaxy A32 4G turut memiliki sensor cap jari di bawah skrin, kamera kuad 64MP + 8MP + 5MP + 2MP dan kamera swafoto 20MP. Peranti ini hadir dengan sokongan microSD untuk penambahan storan secara manual.

Apa pun, kami akan memaklumkan kembali harganya jika Samsung sudah membuat pengumuman harga. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version