Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A32 5G kini RM1,099: Tawarkan diskaun 20% dan ansuran bulanan tanpa faedah

Samsung Galaxy A32 5G membawa kepantasan, gaya dan prestasi untuk anda kongsikan kandungan (content) atau menikmati pengalaman visual yang mengasyikkan dengan paparan Infinity-V 6.5”. Ia menyokong rangkaian 5G, dilengkapi dengan bateri 5,000mAh dan memberi anda gambar yang terang dan jelas sama ada terang atau gelap dengan kamera utama 48MP. 

Kini, Galaxy A32 5G membawa harga baharu iaitu RM1,099 daripada RM1,199. Anda juga boleh berjimat lebih melalui program tukar-beli Samsung memberikan anda rebat sehingga RM4,820 apabila anda tukar beli peranti lama anda. Sehingga lima buah peranti dalam satu transaksi termasuk jam tangan pintar dan tablet.

Dengan Easy Payment Plan Samsung, anda dapat mengawal kewangan anda tanpa dikenakan faedah.  Selain itu, terdapat diskaun 20% bagi setiap pembelian Galaxy A32 5G atau mana-mana peranti Galaxy A terpilih dengan pelan perlindungan Samsung Care+.

Lawati laman web rasmi Samsung untuk butiran lanjut. Mengenai Galaxy A32 5G. Beri pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version