Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A32 5G lepas pensijilan FCC, kamera utama 48MP dengan Android 11

Samsung bakal melancarkan telefon 5G termurah mereka iaitu Galaxy A32 5G tidak lama lagi. Sebelum ini, janaan imej komputer untuk telefon ini telah tertiris menunjukkan reka bentuknya. Kini, ia telah melepasi pensijilan FCC dan beberapa spesifikasi telefon ini telah disahkan.

Galaxy A32 5G bakal hadir dengan pengecas 15W di dalam kotaknya. Peranti ini mempunyai nombor model SM-A326J dan menyokong jaringan 5G (28/77/78) serta NFC.

Peranti ini juga dilihat bakal hadir dengan skrin 6.5 inci bersama takuk titisan air. Panel belakang ini peranti ini adalah plastik yang berkilat dan menempatkan tiga kamera (mungkin empat) dengan kamera utama 48MP.

Galaxy A32 5G mempunyai dimensi 164.2 x 76.1 x 9.1mm dan ia bakal dilengkapi dengan sensor cap jari sisi (atas butang kuasa). Peranti ini juga akan menggunakan perisian Android 11 dari hari pertama.

Nantikan berita lanjut mengenai pelancaran Galaxy A32 5G di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : 1 | 2

Exit mobile version