Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A32 5G muncul di GeekBench dengan cipset Dimensity 720

Beberapa hari yang lalu, Samsung Galaxy A32 5G telah melepasi pensijilan FCC dan beberapa spesifikasinya telah tertiris. Terbaru, peranti ini telah pula muncul di penanda aras GeekBench.

Berdasarkan hasil penanda aras Geekbench, Galaxy A32 5G dilihat menggunakan cipset kelas pertengahan daripada Mediatek, Dimensity 720 5G.

Galaxy A32 5G juga dilihat hadir dengan nombor model yang sama seperti sebelum ini, SM-A326B. Berdasarkan gambar hasil penanda aras Geekbench, ia telah mendapat markah setinggi 477 untuk teras tunggal, manakala 1598 untuk teras pelbagai. Ia juga menggunakan RAM 4GB dengan perisian Android 11.

Untuk spesifikasi yang lain, peranti ini bakal menggunakan skrin 6.5 inci dengan takuk titisan air. Pada bahagian belakang, ia akan dilengkapi kamera modul kuad dengan kamera utama 48MP.

Galaxy A32 5G ini juga akan hadir dengan pengesan cap jari di sisinya. Peranti ini dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi dan ia bakal menjadi telefon pintar 5G yang termurah dari Samsung.

Adakah anda teruja dengan peranti ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version