Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A41 diumumkan dengan Helio P65, skrin Super AMOLED dan tiga kamera

Jangkaan mengenai berita khabar angin tentang Galaxy A41 akan dilengkapi skrin 6 inci dengan takuk Infinity-U di bahagian atas ternyata benar. Terkini, Samsung telah mengumumkan Samsung Galaxy A41 di Jepun. Harga rasmi peranti itu bagaimanapun bakal diumumkan pada Jun 2020 ini.

Peranti kelas pertengahan ini hadir dengan paparan Super AMOLED berukuran 6.1 inci bersama resolusi FHD+ yang dihuni takuk Infinity-U. Seperti khabar angin lepas, anda dapat melihat bezel yang agak besar pada hujung bawah. Dilengkapi cipset Helio P65, peranti ini turut tampil dengan RAM 4GB dan storan 64GB. Tidak lupa juga kepada bateri 3500mAh yang dilengkapi sokongan pengecasan pantas 15W.

Berkenaan kamera, panel belakang dihuni tetapan tiga kamera 48MP + 8MP (ultra-lebar) + 5MP (sensor kedalaman). Takuk Infinity-U pula dihuni kamera selfie 25MP. Sumber melaporkab bahawa Samsung tidak menyatakan sama ada Galaxy A41 bakal dioperasikan oleh OS mana, namun mereka menjangkakan ia bakal dioperasikan Android 10 dengan One UI 2.0.

Hadir dengan pilihan warna biru, putih dan hitam

Apa pun, kami masih tidak mempunyai maklumat tentang keberadaanya di Malaysia. Kami akan memaklumkan maklumat rasmi seterusnya mengenai peranti ini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Adakah anda ingin memilikinya? Beritahu kami di laman Facebook sekarang!

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version