Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A42 5G dengan Snapdragon 750G, Super AMOLED bakal masuk ke pasaran Asia

Baru-baru ini, Samsung telah melancarkan Samsung Galaxy A42 5G sebagai ahli keluarga baharu peranti Samsung siri A. Peranti yang awalnya dilancar di pasaran Eropah kini bakal hadir ke pasaran Asia.

Berita ini timbul melalui sumber yang mendedahkan penyenaraian Samsung Galaxy A42 5G dalam kelulusan National Broadcasting and Telecommunications Commission (NBTC) di Thailand. Hal ini memberi petanda bahawa ia juga bakal di tiba di pasaran Asia.

Sepintas lalu, Samsung Galaxy A42 5G dilengkapi spesifikasi menarik seperti beberapa siri Galaxy A yang lain. Antaranya ialah bateri besar 5000mAh dan skrin Super AMOLED. Paling menarik, ia dijana oleh Snapdragon 750G, cipset 5G berpatutan terbaru dari Qualcomm.  Anda boleh menyemak spesifikasi lanjut disini.

Apa pun, setakat ini ianya seperti akan dilancar di negara jiran iaitu Thailand. Kami tidak pasti jika ianya akan dilancarkan di Malaysia atau tidak. Mungkin kita boleh mengharapkannya.

Adakah anda berminat dengan peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version