Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A42 5G dilancar: Snapdragon 750G, Super AMOLED, 5000mAh berharga ~RM1,706

Terdahulu, Samsung telah membuat pengumuman awal tentang sebuah telefon pintar 5G pertama yang dijana cipset Snapdragon 750G. Ia diberi jolokan sebagai peranti Samsung 5G termurah. Terkini, Samsung Galaxy A42 5G telah dilancar di pasaran luar negara.

Samsung Galaxy A42 5G dilengkapi spesifikasi menarik seperti beberapa siri Galaxy A yang lain. Antaranya ialah bateri besar 5000mAh dan skrin Super AMOLED. Paling menarik, ia dijana oleh Snapdragon 750G, cipset 5G berpatutan terbaru dari Qualcomm. Anda boleh menyemak spesifikasinya seperti di bawah atau spesifikasi lanjut disini.

Anda juga boleh melihat rekaan panel belakangnya yang menarik dengan garisan kontra warna sama, tetapi berbeza tona. Rekaan skrin hadapan pula tampil dengan takuk kecil yang memuatkan kamera hadapan 20MP.

Samsung Galaxy A42 5G tersedia di pasaran luar negara dengan harga 349 Euro (~RM1,706). Setakat ini, kami masih belum menerima apa-apa maklumat mengenai kehadiran Samsung Galaxy A42 5G di pasaran Malaysia.

Adakah anda berminat jika ia hadir di pasaran Malaysia? Beritahu kami di laman Faceboook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: techradar

Exit mobile version