Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A52 5G dan A52 dilancar: Kamera kuad 64MP, AMOLED 120Hz bermula RM1,499

Dalam acara Galaxy Awesome Unpacked pada hari ini, Samsung telah melancarkan beberapa telefon dalam siri Galaxy A di mana telefon yang mempunyai spesifikasi pertengahan dalam produk-produk baru itu adalah Samsung Galaxy A52 dan Samsung Galaxy A52 5G.

Walaupun tidak secanggih Galaxy A72, Samsung Galaxy A52 5G masih memiliki spesifikasi yang hebat dengan bateri 4,500mAh dan skrin Super AMOLED FHD+ berukuran 6.5 inci dengan kadar segar semula 120Hz.

Satu perbezaan yang menarik di antara Galaxy A52 4G dan Galaxy A52 5G adalah pada kadar segar semula skrin, di mana Galaxy A52 5G dilengkapi skrin 120Hz manakala Galaxy A52 4G dilengkapi skrin 90Hz sahaja.

Sistem kamera untuk Galaxy A52 dilengkapi pelbagai fungsi termasuklah OIS, Pro Video, 4K Video Snap untuk mengambil gambar berkualiti tinggi daripada klip 4K, Single Take, Night Mode, Scene Optimiser dan Fun Mode untuk efek fotografi yang menghiburkan.

Galaxy A52 mempunyai satu perbezaan kamera dengan Galaxy A72, di mana Galaxy A52 dilengkapi kamera sensor kedalaman dan tidak dilengkapi kamera telefoto. Selain itu, Galaxy A52 juga lebih ringan sedikit berbanding Galaxy A72, dengan perbezaan berat sekitar 14g.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk kedua-dua varian:

Galaxy A52 akan dijual pada harga bermula RM1,499.

Selain Galaxy A52, Samsung turut melancarkan Galaxy A32 yang dilengkapi spesifikasi lebih rendah sedikit. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Galaxy A32:

Warna untuk Galaxy A32

Ia akan dijual pada harga RM1,099 untuk varian 4G dan RM1,199 untuk varian 5G.

Samsung Malaysia juga akan menganjurkan promosi khas untuk setiap pembelian Galaxy A52 dan Galaxy A32 di mana pelanggan yang membeli di antara tempoh 26 Mac hingga 15 April akan menerima Samsung Car Charger (EP-L1100NBEGWW) secara percuma. Pelanggan hanya perlu menaipkan kod promosi TECHAVIP sewaktu ingin membuat pembayaran. Promosi ini hanya boleh didapati dalam laman web Samsung Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version