Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A52 5G dapat pengiktirafan agensi AS, akan dilancar tidak lama lagi

Telefon pintar kelas pertengahan Samsung Galaxy A52 5G telah pun mendapat pelbagai pengiktirafan sebelum ini, dan kini pengiktirafan terbaru adalah daripada Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) Amerika Syarikat di mana agensi tersebut telah menguji peranti Samsung dengan nombor model SM-A526.

Pengiktirafan FCC menunjukkan dua varian iaitu SM-A526B yang dilengkapi satu ruang kad SIM dan SM-A526DS yang mempunyai dua ruang kad SIM. FCC juga mengesahkan spesifikasi awal untuk Galaxy A52, di mana ia dilengkapi bateri EB-BG781ABY yang berkapasiti 4,500mAh serta pengecas EP-TA200 dengan kadar pengecasan 15W. Bateri tersebut adalah bateri sama yang terdapat dalam telefon Samsung Galaxy S20 FE.

Spesifikasi lain yang telah dilaporkan untuk Galaxy A52 5G sebelum ini termasuklah skrin AMOLED 6.5 inci, cipset Snapdragon 750G, RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 256GB. Ia mungkin akan dilancarkan di samping Samsung Galaxy A72 5G dalam pasaran Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Samsung Galaxy A52 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: FCC

Exit mobile version