Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A52 5G dapat pengiktirafan Bluetooth dan Wi-Fi, pelancaran semakin hampir

Telefon pintar kelas pertengahan Samsung Galaxy A52 5G telah pun mendapat pengiktirafan daripada Wi-Fi Alliance dan Bluetooth Special Interest Group (SIG), menandakan tarikh pelancaran peranti tersebut yang semakin hampir. Ini adalah pengiktirafan terbaru buat peranti itu selepas ia mendapat kelulusan daripada agensi China.

Telefon tersebut mempunyai dua nombor model iaitu SM-A526B untuk pasaran antarabangsa yang dilengkapi dwi-kad SIM serta SM-A526N untuk pasaran Korea. Galaxy A52 telah mendapat pengiktirafan Wi-Fi pada 21 Januari manakala pengiktirafan Bluetooth pula pada 22 Januari.

Pengiktirafan Wi-Fi Alliance
Pengiktirafan Bluetooth SIG

Galaxy A52 mungkin akan dilancarkan dengan dua varian cipset, iaitu Snapdragon 750G untuk varian 5G serta Snapdragon 720G untuk varian 4G. Badan belakangnya menampilkan corak yang sangat mirip dengang Galaxy A51.

Galaxy A51 merupakan antara telefon Android terlaris pada 2020, jadi pasti ramai yang akan menantikan Galaxy A52 ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version