Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A52 dan A72 mungkin akan dijual pada harga sangat mampu milik

Maklumat awal dan khabar angin tentang telefon kelas pertengahan Samsung Galaxy A52 dan Samsung Galaxy A72 telah pun mendapat perhatian meluas baru-baru ini, namun satu perkara yang belum diketahui adalah harganya. Kini, harganya yang telah tertiris menunjukkan bahawa kedua-dua telefon mungkin dijual pada harga mampu milik dengan spesifikasi yang ditawarkan.

Untuk Galaxy A52, telefon ini mungkin akan dilancar dalam varian 4G berharga €349 (~RM1,720) dan varian 5G berharga €429 (~RM2,114). Galaxy A52 4G akan dilengkapi cipset Snapdragon 720G, manakala Galaxy A52 5G akan dilengkapi cipset Snapdragon 750G.

Kedua-dua varian akan dilengkapi RAM 6GB, skrin Super AMOLED 6.5 inci dan bateri 4,500mAh. Beberapa pasaran terpilih juga dikatakan akan menerima RAM 8GB.

Rupa Samsung Galaxy A52

Untuk Galaxy A72 pula, ia mungkin ditawarkan dalam varian 4G sahaja walaupun ia dilengkapi cipset Snapdragon 720G. Selain itu, varian memorinya mungkin adalah 6GB+128GB dan 8GB+256GB dan akan dijual pada harga bermula €450 (~RM2,217).

Spesifikasi lain untuk Galaxy A72 adalah skrin 90Hz Full HD+ berukuran 6.7 inci, bateri 5,000mAh dan rating kalis air IP67. Kameranya pula mungkin terdiri daripada kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 12MP, kamera telefoto 8MP dan kamera makro 2MP.

Rupa Samsung Galaxy A72

Harga untuk pasaran Eropah biasanya adalah lebih mahal berbanding harga rasmi untuk pasaran Malaysia, jadi kita boleh jangkakan harga yang lebih rendah berbanding harga dalam artikel ini. Sebagai rujukan, telefon sebelum ini dijual pada harga RM1,299 untuk Galaxy A51 dan RM1,799 untuk Galaxy A71.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy A52 atau Galaxy A72 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechRadar, SAM Mobile

Exit mobile version