Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A52 dan A72 mungkin dilancar di India Mac ini, harga tertiris ~RM1,628

Samsung Galaxy A51 adalah antara telefon terlaris Samsung pada tahun lalu dengan angka jualan yang sangat memberangsangkan. Kini, generasi baru peranti ini pula, Galaxy A52 dikhabarkan akan dilancarkan di India pada bulan Mac ini bersama abangnya, Galaxy A72.

Kedua-dua peranti ini akan hadir dengan varian LTE dan varian 5G. Varian LTE akan dilengkapi cipset Snapdragon 720G manakala varian 5G dengan cipset Snapdragon 750G.

Selain India, Galaxy A52 juga dikhabarkan akan masuki pasaran Vietnam tidak lama lagi dengan tanda harga bermula VND 9.3 juta (~RM1,628) untuk versi LTE dan VND 11 juta untuk versi 5G (~RM1,926).

Untuk spesifikasi lain, Galaxy A52 akan dilengkapi skrin 6.5 inci manakala Galaxy A72 dengan skrin 6.7 inci. Sama seperti sebelum ini, kedua-dua peranti ini akan menggunakan skrin jenis Super AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz pada versi LTE dan 120Hz pada versi 5G.

Selain itu, Galaxy A52 dikhabarkan hadir dengan bateri 4,500 mAh manakala Galaxy A72 dengan bateri 5,000 mAh. Untuk kamera, A52 dijangka mempunyai kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 5MP dan sensor kedalaman 2MP. Galaxy A72 pula mungkin mempunyai satu kamera tambahan iaitu kamera telefoto 2x dan sensor 12MP untuk kamera ultra lebarnya.

Kedua-dua telefon mungkin akan hadir dengan ciri kalis air dan habuk IP67.

Lihat artikel lalu untuk berita mengenai Samsung Galaxy A52 dan Galaxy A72.

Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : 1 | 2

Exit mobile version