Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A52s 5G dapat pengiktirafan Bluetooth SIG

Berita tentang telefon pintar kelas pertengahan Samsung Galaxy A52s 5G semakin mendapat perhatian baru-baru ini, selepas ia mendapat pengiktirafan Geekbench dan rekaannya telah tertiris. Kini telefon itu mendapat satu lagi pengiktirafan iaitu daripada Bluetooth Special Interest Group (SIG).

Galaxy A52s 5G disenaraikan dalam laman web Bluetooth SIG dengan tiga nombor model iaitu SM-A528B, SM-A528B_DS dan SM-A528N. Spesifikasi Galaxy A52s 5G tidak dinyatakan dalam laman web tersebut, namun laporan Geekbench sebelum ini mengatakan ia akan dilengkapi cipset Snapdragon 778G dan RAM 8GB.

Harganya untuk pasaran Eropah juga telah tertiris, di mana varian dengan storan dalaman 128GB mungkin akan dijual pada harga bermula €434.64 (~RM2,183.01). Setakat ini masih tiada maklumat tentang pelancaran Galaxy A52s 5G.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat Galaxy A52s 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version