Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A52s 5G dilancar di Malaysia: Miliki SD 778G, skrin AMOLED 6.5” berharga RM1,899

Bulan pada bulan lalu, Samsung secara rasmi telah melancarkan Samsung Galaxy A52s 5G. Kini, Samsung Malaysia mengumumkan bahawa telefon tersebut sedia untuk dipasarkan di Malaysia. Ianya merupakan telefon pintar yang memberi peluang kepada pengguna untuk memanfaatkan fungsi, prestasi, ketahanan dan gaya tanpa perlu memperbelanjakan duit dengan banyak.

Spesifikasi Samsung Galaxy A52s 5G :

Jika mengikut spesifikasi, perbezaan telefon Galaxy A52s dengan Galaxy A52 hanyalah daripada segi cip pemproses. Yang lain boleh dikatakan hampir sama dengan Galaxy A52. Kami megandaikan Samsung ingin mengekalkan monopolinya dalam pasaran telefon kelas pertengahan menggunakan model ini.

Telefon ini boleh didapati dengan hanya RM79.13/bulan dengan pelan ansuran 0% di Samsung Online Store. Daripada sekarang sehingga 31 Oktober 2021, anda akan menerima Clear Standing Cover bernilai RM109 secara percuma jika anda membeli Galaxy A52s 5G.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Samsung Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Samsung Galaxy A52s 5G ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version