Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A53 mungkin hadir dengan lebih banyak pilihan warna

Tahun ini, Samsung telah melancarkan Galaxy A52 sebagai sekuel Galaxy A51. Pada bulan Ogos lepas, Samsung menambah lagi peranti yang digelar Samsung Galaxy A52s 5G yang dilengkapi dengan Qualcomm Snapdragon 778G. Nampaknya kita akan melihat sekuel terbaru untuk peranti ini iaitu Samsung Galaxy A53.

Kami masih tidak pasti akan pelancaran peranti ini yang juga dikatakan bakal dilancar pada bulan Mac 2022. Jika dilihat semula, Galaxy A52 dan A72 didedahkan beberapa bulan sebelum pelancarannya. Dengan ini, kami telahpun mempunyai perincian mengenai warna Galaxy A53.

Menurut GalaxyClub, Samsung Galaxy A53 akan hadir dalam 4 warna iaitu hitam, putih, biru muda dan oren. Walau bagaimanapun, syarikat tersebut mungkin akan memperkenalkan varian warna baru atau edisi khas setelah pelancarannya pada penggal pertama 2022.

Penerbitan Belanda sebelum ini melaporkan bahawa Samsung Galaxy A53 akan menampilkan kamera utama 64MP yang sama yang terdapat pada Samsung Galaxy A52s. Ia masih tidak jelas jika unit yang lain juga akan sama dengan ultra lebar 12 MP, sensor kedalaman 5MP dan makro 5MP. Kami tidak mengharapkan peningkatan yang besar namun ia harus menawarkan prestasi kamera pertengahan.

Kami mengharapkan beberapa perubahan reka bentuk dan peningkatan kualiti skrin. Kami tidak tahu sama ada Samsung akan menggunakan cipset terbaru kerana butiran pendedahan peranti yang terlalu sedikit. Kami menjangka ia mungkin akan menggunakan cipset Snapdragon 778G untuk satu tahun lagi. 

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina 

Exit mobile version