Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G akan dilancar pada 16 Mac 2023

Samsung bakal melancarkan siri telefon kelas pertengahan baharu untuk tahun ini, Samsung Galaxy A54 5G dan Samsung Galaxy A34 5G, di India pada hari Khamis, 16 Mac jam 12:00pm IST (2:30pm waktu Malaysia).

Perkara tersebut diumumkan melalui sebuah seksyen khas dalam laman web Samsung India. Walaupun Samsung tidak menamakan telefon yang akan dilancar secara spesifik, gambar yang ditunjuk memberi petanda bahawa ia akan melancarkan pengganti kepada Galaxy A53 dan Galaxy A33 yang dilancar pada tahun lalu.

Laman web Samsung itu mengesahkan bahawa kedua-dua telefon bakal mempunyai rating kalis air IP67 yang membenarkannya untuk ditenggelami air sedalam 1 meter selama 30 minit. Ia juga bakal dilengkapi skrin yang dibina dengan kaca Corning Gorilla Glass.

Samsung turut mengesahkan bahawa telefon Galaxy A ini akan mempunyai rekaan premium dengan hiasan kaca, pilihan warna yang terang, kamera dengan fungsi Nightography untuk kebolehan penggambaran malap yang lebih baik, fungsi Samsung Wallet, keselamatan Knox Security dan kemas kini utama Android selama empat tahun.

Spesifikasi yang dikhabarkan untuk Galaxy A54 5G termasuklah cipset Exynos 1380, RAM 8GB, storan 256GB, kamera 50MP+12MP+5MP, kamera hadapan 32MP, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 25W.

Walaupun dengan pelancaran di India pada 16 Mac, seorang pengkhabar berita teknologi mengatakan pelancaran antarabangsa untuk kedua-dua telefon bakal berlaku pada hari sebelumnya iaitu 15 Mac.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version