Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G dilancar: Skrin AMOLED 120Hz, bateri 5,000mAh, kamera 50MP bermula ~RM1,670

Samsung telah melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan terbaru di India iaitu Samsung Galaxy A54 5G dan Samsung Galaxy A34 5G. Seperti telefon-telefon Galaxy A yang dilancar sebelum ini, kedua-dua peranti dijual pada harga yang lebih mampu milik daripada telefon kelas andalan, namun spesifikasinya masih lengkap untuk kegunaan harian.

Antara ciri yang menarik pada kedua-dua peranti termasuk skrin AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz dan resolusi FullHD+, bateri besar berkapasiti 5,000mAh dan pengecasan pantas 25W.

Selain itu, kedua-dua telefon juga bakal menerima kemas kini Android utama selama empat tahun serta kemas kini keselamatan selama lima tahun, jadi anda boleh gunakannya dengan tempoh yang lama.

Kedua-dua telefon mempunyai modul kamera yang serupa, namun sensornya tidak sama. Galaxy A54 mempunyai kamera yang lebih tinggi dengan sensor kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 12MP, kamera makro 5MP dan kamera swafoto 32MP manakala Galaxy A34 mempunyai kamera 48MP+8MP+5MP dan kamera swafoto 13MP.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk kedua-dua telefon:

Samsung Galaxy A54 5G

Samsung Galaxy A34 5G

Setakat ini masih tiada maklumat mengenai harganya di Malaysia, namun Samsung Malaysia telah mengesahkan bahawa ia akan dilancar di sini tidak lama lagi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan dua telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Samsung

Exit mobile version