Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A54 5G & Galaxy A34 5G dilancar di Malaysia: Skrin AMOLED dan resolusi FHD+ bermula RM1,599

Samsung telah melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan terbaru di Malaysia pada hari ini iaitu Samsung Galaxy A54 5G dan Samsung Galaxy A34 5G. Seperti telefon-telefon Galaxy A yang dilancar sebelum ini, kedua-dua peranti dijual pada harga yang lebih mampu milik daripada telefon kelas andalan, namun spesifikasinya masih lengkap untuk kegunaan harian.

Antara ciri yang menarik pada kedua-dua peranti termasuk skrin AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz dan resolusi FullHD+, bateri besar berkapasiti 5,000mAh dan pengecasan pantas 25W.

Kedua-dua telefon mempunyai modul kamera yang serupa, namun sensornya tidak sama. Galaxy A54 mempunyai kamera yang lebih tinggi dengan sensor kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 12MP, kamera makro 5MP dan kamera swafoto 32MP manakala Galaxy A34 mempunyai kamera 48MP+8MP+5MP dan kamera swafoto 13MP.

Samsung Galaxy A54 5G
Samsung Galaxy A34 5G

Kameranya dilengkapi penstabilan imej optikal (OIS) dan penstabilan imej video (VDIS) yang akan membantu kamera untuk menghasilkan gambar dan video yang jelas dalam setiap situasi. Baharu untuk siri Galaxy A pada tahun ini ialah pengguna kini boleh memadam bayang-bayang dan pantulan yang tidak diingini dalam rakaman.

Kedua-dua telefon dilengkapi skrin Super AMOLED dengan resolusi Full HD+ dan kadar segar semula 120Hz untuk kualiti imej yang cantik dan lancar, namun saiz skrin adalah berbeza. Galaxy A54 5G mempunyai skrin 6.4 inci, manakala Galaxy A34 5G mempunyai skrin 6.6 inci.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk kedua-dua telefon:

Samsung Galaxy A34 5G

Pra-tempah bermula pada hari ini di mana Samsung galaxy A34 5G berharga RM1,599 manakala Galaxy A54 5G pada harga RM1,899. Pembelian kedua-dua telefon ini menawarkan kemas kini keselamatan lima tahun, kemas kini OS empat generasi dan waranti dua tahun secara percuma.

Dalam pada itu, sempena pelancaran ini di Malaysia, Samsung membuat promosi pelancaran pada 7 April 2023 sambil memberikan sarung telefon, kemas kini keselamatan lima tahun, kemas kini OS empat generasi dan waranti dua tahun secara percuma. Ia juga dilengkapi sistem Samsung Knox bagi menawarkan keselamatan siber tertinggi untuk para pengguna.

Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy A54 5G atau Galaxy A34 5G. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan dua peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version