Site icon TechNave BM

Harga rasmi Samsung Galaxy A55 5G dan A35 5G didedah, bermula RM1,699

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Samsung Galaxy A55 5G dan Galaxy A35 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 22 Mac 2024. Namun, Samsung tidak menunggu lama untuk melancarkannya dan mendedahkan harga rasmi peranti tersebut yang bermula RM1,699. Setiap pembelian telefon di atas akan menawarkan promosi hadiah bersama.

Samung Galaxy A35 5G berharga RM1,699 dengan storan 256GB dan terdapat dalam pilihan warna Awesome IceBlue, Awesome Lilac dan Awesome Navy. Hadiah untuk pembelian A35 5G terdiri daripada Samsung Care+ 2 tahun percuma yang termasuk 2 tahun kerosakan tidak sengaja untuk cecair serta satu tahun jaminan lanjutan dengan perkhidmatan sokongan peranti.

Anda juga boleh menikmati potongan PWP (purchase with purchase) sehingga 30% untuk aksesori Samsung terpilih seperti tali jam Galaxy Fit3. Galaxy A55 5G dengan storan 256GB ditawarkan dengan harga RM1,999 dan hadir dengan skema warna yang sama.

Pembelian A55 5G menawarkan Galaxy Buds FE secara percuma, jaminan lanjutan 1 tahun dan tawaran PWP yang sama sehingga 30% diskaun untuk aksesori Samsung. Samsung Galaxy A55 5G dan Galaxy A35 5G secara rasmi akan tersedia di Samsung Experience Stores, peruncit sah Samsung, Shopee, Lazada dan kedai dalam talian Samsung Malaysia.

Spesifikasi Galaxy A35 5G:

Spesifikasi Galaxy A55 5G:

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Samsung Galaxy A55 5G dan Galaxy A35 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Samsung Malaysia

Exit mobile version