Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A56 5G, A36 5G dan A26 5G dilancar: Skrin AMOLED 120Hz, 3 kamera, Galaxy AI

Samsung hari ini menyegarkan semula siri telefon pintar kelas pertengahan Galaxy A dengan melancarkan tiga model baharu untuk tahun ini iaitu Samsung Galaxy A56 5G, Samsung Galaxy A36 5G dan Samsung Galaxy A26 5G. Ketiga-tiga telefon ini dilengkapi spesifikasi yang lengkap untuk kegunaan harian dan dijual pada harga yang mampu milik.

Buat kali pertama dalam sejarah Galaxy A, model-model tahun ini didatangkan dengan fungsi-fungsi kecerdasan buatan Galaxy AI yang sebelum ini hanya ditawarkan dalam telefon flagship Galaxy S25 dan Galaxy S26. Ini termasuklah Circle to Search with Google yang kini boleh mengenal pasti nombor telefon, alamat e-mel dan pautan URL.

Semua telefon ini mempunyai skrin Super AMOLED berukuran 6.7 inci dengan resolusi Full HD+ dan kecerahan puncak sehingga 1,200 nits yang boleh menghasilkan pengalaman tontonan visual yang bagus untuk telefon kelas pertengahan.

Bateri setiap telefon baharu ini berkapasiti 5,000mAh yang Samsung mengatakan boleh bertahan sehingga 29 jam. Untuk pengecasan Galaxy A56 5G dan Galaxy A36 5G, ia mempunyai kadar pengecasan pantas berwayar 45W.

Bateri sehingga 29 jam

Setiap model Galaxy A baharu ini dilengkapi tiga kamera di belakang iaitu kamera utama, kamera ultra-lebar dan kamera makro, manakala di hadapan pula terdapat satu kamera. Perbezaan antara tiga model ini adalah daripada segi jumlah megapiksel dalam kamera masing-masing.

Antara fungsi fotografi yang baru untuk Galaxy A pada tahun ini termasuklah Best Face yang akan mengesan ekspresi muka terbaik daripada foto gerakan (motion photo), Low Noise Mode yang kini boleh digunakan pada kamera hadapan bagi mencipta gambar Night Mode dengan tahap noise rendah, serta Object Eraser untuk memadam objek yang tidak dikehendaki dalam gambar.

Fungsi Best Face untuk pilih ekspresi muka terbaik dalam gambar secara automatik
Pemadam gambar dalam Object Eraser
Kemas kini selama 6 tahun

Daripada segi kemas kini, setiap model Galaxy A baharu ini akan menerima kemas kini Android dan kemas kini keselamatan selama enam tahun. Memandangkan setiap telefon ini didatangkan dengan sistem operasi Android 15, ia bakal menerima sokongan kemas kini sehingga Android 21.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri Galaxy A baharu ini:

Galaxy A56 5GGalaxy A36 5GGalaxy A26 5G
SkrinSuper AMOLED 6.7 inci, resolusi Full HD+, kadar sehingga 120HzSuper AMOLED 6.7 inci, resolusi Full HD+, kadar sehingga 120HzSuper AMOLED 6.7 inci, resolusi Full HD+, kadar sehingga 120Hz
RAM dan storan8GB + 128GB
8GB + 256GB
12GB + 256GB
6GB + 128GB
8GB + 128GB
8GB + 256GB
12GB + 256GB
6GB + 128GB
8GB + 128GB
8GB + 256GB
KameraKamera utama 50MP
Kamera ultra-lebar 12MP
Kamera makro 5MP
Kamera hadapan 12MP
Kamera utama 50MP
Kamera ultra-lebar 8MP
Kamera makro 5MP
Kamera hadapan 12MP
Kamera utama 50MP
Kamera ultra-lebar 8MP
Kamera makro 2MP
Kamera hadapan 13MP
Bateri5,000mAh5,000mAh5,000mAh
Sistem operasi Android 15 dengan One UI 7, sistem keselamatan Samsung KnoxAndroid 15 dengan One UI 7, sistem keselamatan Samsung KnoxAndroid 15 dengan One UI 7, sistem keselamatan Samsung Knox
Pilihan warna Awesome Lightgray
Awesome Graphite
Awesome Olive
Awesome Pink
Awesome Lavender
Awesome Black
Awesome White
Awesome Lime
Black
Mint
Peach Pink
Rating kalis airIP67IP67IP67

Harga untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan, namun buat masa ini anda boleh beli baucar SR+ bernilai RM10 (sebelum 17 Mac 2025) dan anda akan dapatkan baucar potongan harga sebanyak RM100 apabila anda beli mana-mana telefon ini pada 18 hingga 31 Mac 2025. Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Galaxy A baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version