Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A72 dapat pengiktirafan TÜV Rheinland, sokong pengecasan pantas 25W

Samsung kini sedang bersiap untuk melancarkan pelbagai telefon baru dalam siri Galaxy A, termasuklah Samsung Galaxy A72. Terbaru, telefon Samsung dengan nombor model SM-A725F/DS, SM-A725F telah mendapat pengiktirafan daripada TÜV Rheinland Japan di mana butiran tentang pengecasan untuk telefon itu telah dikenal pasti.

TUV Rheinland Japan mengesahkan bahawa telefon ini mempunyai pengecasan DC 9V 2.77A atau 25W. Ini membuatkan pengecasannya sama dengan telefon serupa yang telah dilancar pada tahun lepas iaitu Galaxy A71.

Galaxy A72 sudah pun mendapat pengiktirafan Biro Piawaian India (BIS), jadi kita boleh menjangkakan pelancarannya tidak lama lagi. Ia dijangka akan dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.7 inci serta cipset Snapdragon 720G untuk varian 4G. Berdasarkan imej yang telah tertiris dan gambar acuannya sebelum ini, Galaxy A72 akan dilengkapi empat kamera di belakang termasuk kamera utama 64MP.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy A72 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version