Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A72 dilancar: Kamera kuad 64MP, AMOLED 90Hz, bateri 5,000mAh bermula RM1,899

Dalam acara Galaxy Awesome Unpacked pada hari ini, Samsung telah melancarkan beberapa telefon dalam siri Galaxy A di mana telefon yang paling menarik adalah Samsung Galaxy A72.

Samsung Galaxy A72 merupakan telefon yang agak besar di kalangan telefon Galaxy A lain, dengan skrin Super AMOLED FHD+ berukuran 6.7 inci dengan kadar segar semula 90Hz, bateri 5,000mAh dan empat kamera termasuk kamera utama 64MP yang dilengkapi penstabilan imej optikal (OIS), kamera ultra-lebar, kamera telefoto dan kamera makro.

Sistem kamera untuk Galaxy A72 dilengkapi pelbagai fungsi termasuklah OIS, Pro Video, 4K Video Snap untuk mengambil gambar berkualiti tinggi daripada klip 4K, Single Take, Night Mode, Scene Optimiser dan Fun Mode untuk efek fotografi yang menghiburkan. Satu fungsi unik yang terdapat pada Galaxy A72 adalah kebolehan untuk membuat zum digital sejauh 30x.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Galaxy A72:

Galaxy A72 akan dijual pada harga bermula RM1,899.

Samsung Malaysia juga akan menganjurkan promosi khas untuk setiap pembelian Galaxy A72 di mana pelanggan yang membeli di antara tempoh 26 Mac hingga 15 April 2021 akan menerima Samsung Car Charger (EP-L1100NBEGWW) secara percuma. Pelanggan hanya perlu menaipkan kod promosi TECHAVIP sewaktu ingin membuat pembayaran. Promosi ini hanya boleh didapati dalam laman web Samsung Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version