Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A82 5G bakal dilengkapi kamera boleh putar bermotor, harga bermula ~RM2,546

Baru-baru ini, berita mengenai jangkaan spesifikasi Samsung Galaxy A82 5G sudah mula tular. Terkini, sumber melaporkan bahawa Samsung Galaxy A82 5G bakal dilengkapi kamera boleh putar bermotor. Lebih menarik, ia dijangka bermula pada harga $620 (~RM2,546).

Samsung sedang bersedia untuk melancarkan peranti ini dalam waktu terdekat. Menurut sumber, Galaxy A82 5G bakal hadir dengan janaan cipset Snapdragon 855+, skrin AMOLED, sensor cap jari dalam skrin, RAM 6GB/8GB dan storan 128GB/256GB.

Keunikan peranti ini tentunya terletak pada kamera boleh putar bermotor yang boleh menjadi kamera belakang atau kamera hadapan. Galaxy A82 5G dilapor bakal dipasarkan dengan permulaan harga $620 (~RM2,546). Namun, kami tidak pasti bila ianya bakal dilancar dan adakah ia bakal memasuki pasaran Malaysia.

Anda boleh menyemak berita lepas mengenai rekaan dan spesifikasi peranti di pautan ini. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: ETNews

Exit mobile version