Site icon TechNave BM

Samsung ‘Galaxy Beans’ bakal jadi pesaing AirPods Pro!

Samsung bakal melancarkan acara tahunan mereka, Samsung Unpacked pada 5 Ogos yang akan datang ini. Dalam acara ini, Samsung dijangka akan melancarkan sepasang earbuds wayarless yang berbentuk kacang yang diberi nama Galaxy Buds Live. Malangnya, Galaxy Beans bukanlah nama rasminya tetapi adalah nama yang diberi oleh netizen setelah melihat bentuk unik earbuds ini. Galaxy Buds Live ini tidak akan menjadi pengganti kepada Galaxy Buds+ tetapi akan dijual bersamanya pada acara Samsung Unpacked pada tahun ini.

Buds Live akan menjadi peranti wayarles pertama daripada Samsung yang akan mempunyai ciri pembatalan bunyi yang juga dikenali sebagai Active Noise Cancellation (ANC). Ini akan menjadikan peranti ini sebagai pesaing yang lengkap untuk produk Apple, AirPods Pro yang juga ada ciri ANC.

Sumber menunjukkan video rasmi tertiris yang mengesahkan kehadiran ciri ANC pada Buds Live walaupun video tersebut tidak menyatakan secara terus. Buds Live akan hadir dengan tiga warna iaitu hitam, putih dan ‘Mystic Bronze” yang juga akan hadir pada peranti Galaxy Note 20 Ultra dan Z Flip 5G yang akan datang.

Bagaimana dengan ‘Galaxy Beans’ yang akan hadir tidak lama lagi? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version