Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Book2 Pro 360 dilancar, miliki cipset SD 8cx Gen 3 berharga ~RM6,620

Samsung melancarkan Galaxy Book2 Pro 360 yang dikuasakan cipset Intel pada bulan Februari lalu. Kini, Samsung mempunyai versi baharu yang dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8cx Gen 3. Model baharu itu diumumkan di Korea Selatan dan akan dikeluarkan pada 16 Januari dengan harga KRW 1.89 juta (~RM~RM6,620).

8cx Gen 3 ialah cipset 5nm pertama untuk peranti Windows-on-ARM dan membawa peningkatan prestasi yang besar selepas ia dilancarkan lewat tahun lepas. Berbanding dengan Gen 2, cipset ini menawarkan +85% prestasi CPU berbilang teras, +60% prestasi GPU dan NPU meningkat kepada 29 TOPS.

Badannya hanya seberat 1.04kg dan ketebalan pada 11.5mm. Paparan AMOLED yang digunakan boleh dilihat sehingga 360 darjah supaya ia boleh digunakan sebagai tablet bersama Pen stilus S yang disertakan.

Hayat bateri peranti ini selepas menggunakan cipset Snapdragon boleh bertahan sehingga 35 jam main balik video dengan sekali cas berbanding model Intel sebelum ini yang bertahan untuk hanya 21 jam. Ia mempunyai sokongan 5G, Wi-Fi 6E terbina dan sistem operasi Windows 11.

Peranti ini mengikut spesifikasi Secured-Core PC oleh Microsoft yang mengunci perkakasan ke tahap perisian tegar. Ia adalah tahap keselamatan tertinggi yang ditawarkan oleh Windows. Samsung belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai ketersediaannya di Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Samsung Galaxy Book2 Pro 360 ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Samsung

Exit mobile version