Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Buds Core dilancar di Malaysia – Rekaan “wingtip”, ANC dan bateri sehingga 35 jam berharga RM199

Samsung memperkenalkan Galaxy Buds Core iaitu fon telinga wayarles serba lengkap yang direka untuk kegunaan harian dengan harga mampu milik iaitu RM199. Ia ditawarkan dalam dua pilihan warna hitam dan putih. Galaxy Buds Core menampilkan bunyi yang seimbang dengan treble jelas dan bass mendalam sesuai untuk muzik, hiburan mahupun penggunaan kasual.

Fon telinga ini menyokong Active Noise Cancellation (ANC) dan tiga mikrofon terbina untuk memastikan panggilan lebih jelas. Rekaan ergonomik dengan pilihan silikon memberikan keselesaan sepanjang hari manakala penarafan IP54 memastikan ia tahan debu dan percikan air.

Menariknya, Buds Core mengintegrasikan Galaxy AI termasuk sokongan Interpreter dalam Conversation Mode yang membolehkan pengguna mendengar terjemahan masa nyata tanpa perlu melihat skrin telefon. Ciri Auto Switch pula memudahkan peralihan audio automatik antara telefon pintar Galaxy dan tablet Galaxy manakala fungsi Samsung Find membantu mengesan fon telinga jika hilang.

Galaxy Buds Core menggunakan Bluetooth 5.4 dengan sokongan codec AAC, SBC dan Scalable. Kapasiti bateri 65 mAh pada setiap fon telinga dan 500 mAh pada bekas pengecas membolehkan penggunaan sehingga 35 jam dengan ANC dimatikan atau 20 jam dengan ANC diaktifkan.

Menariknya, Samsung Malaysia turut menawarkan promosi eksklusif yang mana pengguna boleh mendapatkan Galaxy Buds Core pada harga hanya RM139 apabila digabungkan dengan pembelian telefon pintar Galaxy A Series terpilih bermula 5 September hingga 30 September 2025 tertakluk pada syarat dan ketersediaan stok.

Galaxy Buds Core kini boleh didapati melalui laman rasmi Samsung Malaysia pada harga runcit disyorkan RM199. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fon telinga terbaharu daripada Samsung ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version