Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Buds Plus dilancarkan, penggunaan sehingga 22 jam yang berharga ~RM599

Selesai sudah penantian para peminat Samsung untuk acara Unpacked kepada siri peranti baru. Selain daripada pengumuman telefon pintar Galaxy S20 dan Galaxy Z Flip, Samsung juga mendedahkan fon telinga tanpa wayar Samsung Galaxy Buds Plus dengan harga US$149 (~RM599) yang akan dilancarkan pada 14 Februari.

Galaxy Buds Plus adalah peningkatan daripada fon telinga Galaxy Buds yang sedia ada, dimana ia memberikan ciri-ciri seperti tempoh penggunaan selama 11 jam dan teknologi pengecasan tanpa wayar. Samsung juga meningkatkan kualiti panggilan dengan menggunakan empat (bukan dua) mikrofon kali ini. Lebih penting lagi, Galaxy Buds Plus menjanjikan kualiti bunyi yang lebih baik berbanding dengan model keluaran sebelum ini.

Adakah anda merancang untuk membeli Samsung Galaxy Buds Plus apabila ia tersedia di Malaysia? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk liputan lanjut berkenaan Galaxy Unpacked dan lain-lain berita teknologi.

Exit mobile version