Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Buds Pro dilancar: Rekaan berbeza, Intelligent ANC, IPX7 berharga RM799

Terkini, Samsung telah melancarkan Samsung Galaxy Buds Pro melalui acara pelancaran hari ini. Selain siri Samsung Galaxy S21, fon telinga terbaru ini memiliki naik taraf spesifikasi dan rekaan baru yang menarik.

Sekali imbas, rekaan fon telinga Galaxy Buds Pro adalah berbeza berbanding dengan dengan bentuk Galaxy Buds Live atau Galaxy Buds. Namun, jika anda melihatnya dengan lebih baik, ia seperti gabungan di antara kedua-dua model Galaxy Buds yang lepas, tetapi dengan beberapa naik taraf spesifikasi. Bekas pengecasan Galaxy Buds Pro kali ini hadir dengan rekaan yang pusam (matte), berbeza daripada tekstur berkilau pada bekas pengecasan Samsung Galaxy Buds Live terdahulu.

Galaxy Buds Pro hadir dengan pembatalan hingar aktif (ANC) dengan pilihan tahap Rendah atau Tinggi. Pilihan tahap ANC ini memberi kemudahan kepada pengguna untuk memilih berdasarkan kesesuaian keadaan. Fon telinga baru ini memiliki ketahanan bateri 5 jam, manakala bekas pengecasannya sehingga 18 jam. Ia turut hadir dengan Intelligent ANC, Auto Switch, Ambient Sound, 360 Audio dan rating tahan air IPX7.

Galaxy Buds Pro boleh didapati pada harga RM799 di Malaysia. Setiap pra-tempah Galaxy Buds Pro melayakkan anda mendapat Wireless Charger Pad percuma. Sebagai peringatan penting, anda boleh menggunakan kod promo eksklusif TechNave TNS21VIP untuk dapat hadiah percuma melalui pra-tempahan siri Samsung Galaxy S21 di laman rasmi Samsung Malaysia.

Adakah anda berminat dengan Samsung Galaxy Buds Pro? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version