Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Buds Pro kini tersedia di Malaysia: Berharga RM799, percuma Strap Cover!

Terkini, Samsung Malaysia telah mengumumkan kehadiran Samsung Galaxy Buds Pro secara rasmi di Malaysia. Sebelum ini, kehadirannya sudah diketahui melalui paparannya di laman web, namun Samsung Galaxy Buds Pro kini tersedia dijual pada harga RM799.

Sepintas lalu, Galaxy Buds Pro hadir dengan pembatalan hingar aktif (ANC) dengan pilihan tahap Rendah atau Tinggi. Pilihan tahap ANC ini memberi kemudahan kepada pengguna untuk memilih berdasarkan kesesuaian keadaan. Fon telinga baru ini memiliki ketahanan bateri 5 jam, manakala bekas pengecasannya sehingga 18 jam. Ia turut hadir dengan Intelligent ANC, Auto Switch, Ambient Sound, 360 Audio dan rating tahan air IPX7.

Galaxy Buds Pro tersedia dalam pilihan warna Phantom Violet, Phantom Black dan Phantom Silver. Sempena kehadirannya, anda boleh mendapatkan Strap Cover istimewa percuma bernilai RM99 apabila anda membeli Samsung Galaxy Buds Pro pada harga RM799 (promosi berlangsung dari 29 Januari hingga 28 Februari 2021). Untuk maklumat lanjuan pembelian, anda boleh semak di laman rasmi Samsung ini.

Terdahulu, Samsung Malaysia turut mengumumkan kehadiran siri Samsung Galaxy S21 dan Samsung Galaxy SmartTag. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk beirta promosi teknologi terkini.

Exit mobile version