Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Buds tawarkan audio jelas, fungsi ANC dan bateri tahan lama bermula RM499

Pelbagai pilihan Samsung Galaxy Buds yang tersedia dengan harga yang berpatutan dan mengikut kesesuaian anda. Model Galaxy Buds menawarkan kualiti audio dan keselesaan yang baik walaupun ia merupakan koleksi yang lama.

Galaxy Buds2 dengan reka bentuk yang selesa dan seringan 5 gram memberikan kualiti bunyi yang jelas. Ia disokong oleh pembesar suara dua hala dinamik dan panggilan jelas pintar. Pembatalan bunyi aktif (ANC) pada peranti menawarkan tiga tahap kawalan bunyi ambien. Ia turut dilengkapi dengan kalis air IPX2 dan hayat bateri sehingga 5 jam dengan sekali cas pada harga RM499.

Galaxy Buds2
Galaxy Buds pro

Antara model premium dalam Galaxy Buds adalah Galaxy Buds Pro membawa pembatalan bunyi aktif (ANC) yang boleh ditetapkan. Pembesar suara 2 hala turut disokong dengan audio spatial 360, pengesanan suara, pembantu suara Bixby bebas tangan dan kawalan lain yang boleh disesuaikan. Ia dilengkapi dengan kalis air IPX7 dan hayat bateri yang tahan lama berharga RM799.

Akhir sekali, Galaxy Buds Live menawarkan bentuk kacang eksklusif yang selesa di dalam telinga, pembatalan bunyi aktif (ANC) generasi pertama dan pembesar suara 12mm yang disokong oleh AKG untuk kualiti audio yang jelas. Terdapat sokongan aplikasi pada kedua-dua perisian Android dan iOS. Voice Pickup Unit juga boleh merakam suara anda dengan jelas, manakala baterinya boleh bertahan sehingga 6 jam dengan sekali cas. Anda boleh dapatkan peranti ini pada harga RM549 sahaja.

Galaxy Buds live
Perbandingan Galaxy Buds

Klik di sini untuk dapatkan Galaxy Buds2, Galaxy Buds Pro dan Galaxy Buds Live. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version