Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Buds terima kemas kini baharu, kini mempunyai fungsi mirip Galaxy Buds+

Samsung Electronics Malaysia hari ini mengumumkan bahawa earphone wayarles Galaxy Buds akan menerima kemas kini baharu yang membawa ciri-ciri perhubungan seperti yang terdapat pada Galaxy Buds+.

Salah satu ciri yang dibawa dalam Galaxy Buds tersebut ialah kebolehan untuk dihubungkan dengan komputer yang dioperasi oleh Windows 10 melalui fungsi Microsoft Swift Pair. Ia boleh dihubungkan dengan beberapa PC dan peranti mudah alih.

Selain itu, Galaxy Buds juga akan dilengkapi fungsi Ambient Sound di mana pengguna masih boleh mendengar bunyi persekitaran mereka sewaktu menggunakan earbuds itu untuk mendengar audio daripada lagu atau video. Ambient Sound berfungsi sama ada dengan Galaxy Buds dipakai bersebelahan sahaja atau pada kedua-dua telinga.

Bagi pengguna Spotify, mereka boleh mendengarkan senarai lagu yang diperibadikan dengan satu sentuhan “Tap & Hold”. Spotify akan menyenaraikan lagu yang disyorkan kepada anda berdasarkan rekod pendengaran lagu selama ini.

Beritahu kami di Facebook jika Galaxy Buds anda sudah pun menerima kemas kini terbaru ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version