Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Buds2 di Malaysia kini ditawarkan dalam warna Onyx, berharga RM499

Samsung Malaysia kini menawarkan warna baharu untuk fon telinga wayarles premium Samsung Galaxy Buds2 iaitu warna hitam Onyx dan ia dijual pada harga RM499.

Tidak seperti varian warna lain yang mempunyai bekas berwarna putih, varian warna Onyx ini adalah hitam sepenuhnya pada bekas dan fon telinga. Selain itu, ia masih mempunyai sudahan metalik premium untuk menghiasi fon telinga ini.

Galaxy Buds2 menampilkan pelbagai fungsi menarik, seperti 360 Audio dengan Dolby Head Tracking yang menghasilkan efek audio persekitaran untuk pengguna serta enam susunan equalizer yang ditala khas untuk audio kegemaran pengguna.

Fon telinga ini adalah Galaxy Buds yang paling ringan setakat ini, dengan berat hanya 5 gram sahaja. Warna lain yang ditawarkan termasuklah grafit, putih, hijau olive dan ungu lavender.

Galaxy Buds2 boleh dibeli di kedai Samsung Experience Stores, Samsung Authorized Dealers dan Samsung Malaysia Online Store. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli fon telinga ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version