Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Buds2 Pro lancarkan ciri baharu, bantu jaga postur badan pengguna

Dengan penggunaan telefon pintar yang lama ketika bekerja, postur kepala membongkok akan memberikan anda tekanan yang besar pada tulang belakang serviks menyebabkan kesakitan otot di sekitar leher.

Oleh itu, Samsung Galaxy Buds2 Pro akan menjaga kesihatan anda dengan ciri baharu di mana apabila kepala anda ditundukkan ke bawah selama lebih daripada 10 minit, fon telinga akan mengesan kedudukan kepala dan memaklumkan kepada anda. Aplikasi Galaxy Wearable akan mengesyorkan beberapa langkah regangan ringan untuk membantu mengurangkan risiko kaku di leher, bahu dan belakang anda.

Ia juga menawarkan ciri Audio 360 yang akan meningkatkan pengalaman mendengar pengguna kepada dimensi yang lebih realistik. Ia hadir dengan teknologi suara Ultimate 24bit Hi-Fi, pembatalan hingar aktif terkini di mana pengguna boleh bercakap untuk menjawab panggilan tanpa menanggalkan fon wayarles ini dari telinga.

Ciri sambungan yang terdapat pada peranti Buds2 Pro ini sangat mengagumkan kerana anda boleh menyambungkannya secara serentak pada peranti telefon pintar, tablet, jam tangan pintar dan komputer. 

Anda boleh dapatkannya di laman web rasmi Samsung pada harga RM899. Beri pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version