Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy BudsX mungkin menjadi saingan hebat kepada Apple AirPods Pro

Sebelum ini, kami melaporkan bahawa Samsung akan mengeluarkan produk earbuds yang dinamakan Galaxy BudsX. Kini, terdapat khabar bahawa earbuds tersebut mungkin akan dilengkapi teknologi pembatalan bunyi bising aktif (active noise cancellation) mirip Apple AirPods Pro.

Model Galaxy Buds sebelum ini tidak menawarkan sebarang pembatalan bunyi bising aktif. Walau bagaimanapun, earbuds tersebut dilengkapi sarung getah yang cukup untuk menutupi telinga anda daripada terdengar bunyi bising dari luar.

Jika khabar ini benar, ini bermaksud ia akan menjadi saingan yang hebat kepada Apple AirPods Pro yang turut dilengkapi pembatalan bunyi bising aktif. Memandangkan Galaxy BudsX sudah pun didaftarkan dengan Pejabat Paten Amerika Syarikat, ia pasti akan dilancarkan tidak lama lagi.

Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk mendapatkan Galaxy BudsX dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9to5 Google

Exit mobile version