Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy F41 dengan kamera 64MP, bateri 6000mAh, S-AMOLED mungkin berharga ~RM850

Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai Samsung Galaxy F41 yang bakal dilancarkan sebagai salah satu peranti kelas pertengahan Samsung. Tidak seperti Galaxy M51 yang berfokuskan ketahanan (bateri 7000) dan empat kamera, Galaxy F41 dilaporkan hadir dengan bateri 6000mAh, tetapi tiga kamera 64MP.

Spesifikasi Samsung Galaxy F41 yang disahkan melalui penyenaraian peranti ini di laman e-dagang Flipkart (India) adalah tiga kamera 64MP. Namun, sumber masih ketiadaan maklumat jika sensor 64MP adalah dari Samsung atau Sony.

Samung Galaxy F41 setakat ini dilaporkan mungkin dilengkapi paparan S-AMOLED Infinity U, bateri 6000mAh, tiga kamera 64MP dan sensor cap jari di belakang. Menurut ura-ura, ia mungkin boleh didapati dengan pilihan warna hitam, biru atau hijau pada harga ramalan sekitar 15,000 Rupi (~RM850).

Anda boleh membaca berita lepas mengenai Samsung Galaxy F41 yang akan dilancarkan di India pada 8 Oktober 2020.

Apa pun, kami tidak pasti jika peranti ini akan memasuki pasaran Malaysia. Apakah pandangan anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Flipkart melalui Gizmochina

Exit mobile version