Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy F41 dilancar: 6000mAh, Super AMOLED, kamera 64MP, harga bermula ~RM961

Ura-ura mengenai Samsung Galaxy F41 kini telah tamat dan disahkan benar melalui kehadiran rasmi peranti ini. Samsung Galaxy F41 kini hadir secara rasmi di pasaran India dengan penawaran spesifikasi yang wajar dipertimbangkan oleh pengguna.

Antara spesifikasi menarik adalah skrin 6.4 inci Super AMOLED yang menyokong resolusi FHD+. Selain tu, Galaxy F41 turut dikuasakan oleh bateri besar 6000mAh bersama tiga kamera dengan lensa utama 64MP. Anda boleh melihat spesifikasi asas seperti di bawah atau spesifikasi penuh disini.

Ciri teknologi lain yang hadir pada Samsung Galaxy F41 adalah sensor cap jari di belakang, sokongan sambungan 4G LTE, WiFi dua jalur, Bluetooth 5.0, GPS dan USB-C.

Setakat ini, Samsung Galaxy F41 hanya tersedia di India sahaja. Kami tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kehadiran peranti ini di pasaran Malaysia. Apa pun, harga yang dipaparkan di bawah adalah harga di pasaran India yang ditukarkan kepada nilai mata wang Ringgit Malaysia (RM) untuk rujukan anda.

Sumber: Samsung India

Ikuti Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi dari dalam dan luar negara.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version