Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy F52 5G dapat banyak pengiktirafan, bakal dilancar tidak lama lagi

Setakat ini, telefon pintar Samsung Galaxy F52 5G telah pun mendapat beberapa pengiktirafan daripada badan pertubuhan teknologi, seperti Wi-Fi Alliance yang mendedahkan nombor model untuk telefon tersebut iaitu SM-E5260. Nombor ini juga tertera dalam pengiktirafan Bluetooth Special Interest Group (SIG).

Sementara itu, pengiktirafan Compulsory Certification of China (3C) pula mengesahkan bahawa ia akan dilengkapi pengecasan pantas 25W, iaitu kadar yang banyak terdapat dalam telefon kelas pertengahan Samsung termasuklah Galaxy M62, Galaxy A52 dan Galaxy A72. Galaxy F52 juga disahkan akan dilengkapi sistem perisian One UI 3.0 berdasarkan Android 11.

Pengiktirafan Wi-Fi Alliance untuk Galaxy F22

Spesifikasi lanjut untuk telefon ini masih tidak diketahui, namun ia dijangka akan ditawarkan dalam varian 4G dan 5G seperti untuk beberapa peranti Galaxy A. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy F52 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version