Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy F54 5G muncul di Google Play Console, dilengkapi Exynos 1380 dan RAM 8GB

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Samsung merancang untuk melancarkan model baharu dalam Siri Galaxy F yang dipanggil Galaxy F54 5G. Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi daripada Samsung. Walau bagaimanapun, nampaknya pelancaran Galaxy F54 5G tidak lama lagi kerana ia telah muncul di penyenaraian Google Play Console.

Galaxy F54 menampilkan paparan lubang tebuk yang menyokong resolusi FHD+ 2400×1080 piksel dan ketumpatan skrin 450 DPI. Pensijilan itu juga menyebut bahawa Galaxy F54 5G akan dikuasakan oleh cipset Exynos 1380 berdasarkan proses pembuatan 5nm serta menampilkan 4x Cortex-A78 P-Cores 2.4GHz dan 4x Cortex-A55 E-Cores 2.0GHz.

Galaxy F54 5G juga dilengkapi dengan RAM 8GB dan berjalan pada Android 13. Bahagian belakang telefon mempunyai tiga kamera dengan susun atur kamera adalah serupa dengan siri Galaxy S23. Pensijilan itu juga menyebut bahawa nombor model peranti ialah “Samsung m54x” yang menandakan bahawa ia akan menjadi versi penjenamaan semula Galaxy M54 5G.

Berdasarkan maklumat tersebut, kita boleh membuat kesimpulan bahawa spesifikasi Galaxy M54 dan F54 adalah sama. Samsung dijangka melancarkan Galaxy F54 5G pada penghujung April. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version