Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy F54 5G mungkin akan dilancar pada hujung April 2023

Selepas melancarkan siri telefon Galaxy A terbaru untuk tahun ini pada bulan lalu, kini Samsung dikhabar bakal melancarkan telefon pintar kelas pertengahan seterusnya iaitu Samsung Galaxy F54 5G. Telefon ini mempunyai nombor model SM-M546B/DS dan sudah mendapat pengiktirafan di Bangladesh, India dan Lubnan.

Galaxy F54 5G dijangka akan mempunyai spesifikasi yang serupa dengan Samsung Galaxy M54, seperti skrin Super AMOLED 6.7 inci FullHD+ 120Hz yang dibuat dengan kaca Gorilla Glass 5, cipset Exynos 1380, bateri 6,000mAh dan pengecasan pantas 25W.

Modul kameranya terdiri daripada kamera utama 108MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera swafoto 32MP. Rekaannya pula tidak banyak berbeza dengan siri Galaxy A pada tahun ini, dengan ketiadaan bonggol kamera yang tebal dan digantikan dengan tiga benjolan lensa kecil di belakang.

Galaxy F54 5G mungkin akan dilancar di India terlebih dahulu. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: /Leaks

Exit mobile version