Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy F62 mungkin dilengkapi skrin AMOLED 6.7 inci, bateri 7,000mAh

Maklumat tentang telefon kelas pertengahan Samsung yang seterusnya, Samsung Galaxy F62, telah pun tertiris di Twitter semalam. Menurut sumber, Galaxy F62 yang mempunyai nombor kod SM-E625F bakal dilengkapi skrin AMOLED 6.7 inci dan bateri besar 7,000mAh.

Berdasarkan ujian penanda aras Geekbench sebelum ini, Galaxy F62 mungkin akan dilengkapi cipset Exynos 9825, RAM 6GB dan storan dalaman 128GB. Sistem operasinya pula adalah One UI 3.1 berdasarkan Android 11.

Daripada segi kamera, ia akan dilengkapi empat kamera termasuk kamera utama 64MP, manakala kamera hadapan pula adalah kamera 32MP. Walaupun maklumat bateri besar daripada telefon ini sudah tertiris, maklumat tentang pengecasannya masih belum diketahui.

Galaxy F62 bakal menjadi telefon terbaru dalam siri Galaxy F, selepas Galaxy F41 pada tahun lepas. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MySmartPrice

Exit mobile version