Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy F62 sah akan dilengkapi empat kamera 64MP

Telefon kelas pertengahan Samsung Galaxy F62 akan dilancarkan pada 15 Februari (esok) di India di mana ia sudah pun disahkan akan dilengkapi cipset Exynos 9825, empat kamera, skrin sAMOLED+, bateri 7,000mAh dan pengimbas cap jari di bahagian sisi. Kini, Samsung melalui laman web Flipkart telah mengesahkan satu lagi maklumat peranti tersebut di mana ia akan dilengkapi kamera utama 64MP.

Tiga lagi kamera dalam telefon tersebut masih belum diperinci, namun besar kemungkinan ia adalah kamera ultra-lebar, makro dan sensor kedalaman. Selain daripada itu, Galaxy F62 mungkin akan dilengkapi skrin sAMOLED+ 6.7 inci, RAM 8GB, storan 128GB, bicu audio 3.5mm dan Android 11.

Maklumat kamera Galaxy F62 yang tertera di laman web Flipkart

Galaxy F62 bakal menjadi peranti Samsung terbaru dengan bateri besar 7,000mAh, di samping Samsung Galaxy M51 yang mempunyai bateri berkapasiti sama. Galaxy F62 akan dilancar di India pada hari esok jam 12:00 tengah hari (2:30 petang waktu Malaysia) dan dijangka akan dijual pada harga bermula INR25,000 (~RM,1399).

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy F62 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Flipkart

Exit mobile version