Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Fit2 diumum di Malaysia: 1.1 inci AMOLED, tahan hingga 21 hari berharga RM179

Terkini, Samsung Malaysia telah mengumumkan Samsung Galaxy Fit2 yang ditawarkan dengan harga RM179 di pasaran Malaysia. Gelang pintar yang berfokuskan kesihatan dan sukan ini hadir dengan pilihan warna Black dan Scarlet, bersama spesifikasi yang baik.

Samsung Galaxy Fit2 hadir dengan paparan AMOLED 1.1 inci yang memaprkan notifikasi seperti kiraan kalori, kiraan langkah harian dan degup jantung. Ia juga dilengkapi sokongan tahan air 5ATM yang bertahan sehingga 50m bawah permukaan air.

Lebih menarik, baterinya dilapor mampu bertahan sehingga 21 hari. Anda juga boleh melihat rekod senaman dan kesihatan tertentu, termasuklah waktu tidur anda yang direkod oleh Galaxy Fit2 melalui aplikasi Samsung Health.

Anda boleh mendapatkan Samsung Galaxy Fit2 di Samsung Experience Store di seluruh Malaysia, pengedar sah dan Samsung Store secara dalam talian.

Jika anda ini mendapatkannya secara percuma, anda boleh menyertai cabaran Star Racer S. Anda bukan sahaja berpeluang memenangi Galaxy Fit2, tetapi juga potongan harga RM150 untuk produk jam tangan Samsung. Anda juga boleh merebut hadiah bernilai RM40,000 termasuklah siri Galaxy Note20 dan banyak lagi.

Kempen Race of Stars akan bermula pada 28 November sehingga 10 Disember. Sesiapa sahaja layak menyertai dan memenangi cabaran, dengan syarat anda perlu mendaftar di Getbiib.com. Kunjungi laman web rasmi Samsung untuk maklumat lanjut dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version