Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Fit3 dilancar di Malaysia: Gelang tangan pintar untuk jaga kesihatan bermula RM299

Samsung Malaysia telah melancarkan peranti boleh pakainya yang terbaru iaitu Samsung Galaxy Fit3 yang akan membantu pengguna dalam penjagaan kesihatan dengan lebih mudah.

Gelang tangan pintar ini dibuat dengan rangka aluminium yang mempunyai ketahanan 5ATM dan rating kalis air IP68 yang membenarkannya untuk digunakan dalam pelbagai situasi lasak.

Ia mempunyai skrin AMOLED berukuran 1.6 inci, lebih besar sebanyak 45 peratus daripada model sebelumnya. Skrin tersebut boleh memaparkan lebih 100 jenis muka jam atau pengguna boleh tetapkan gambar mereka sendiri sebagai muka jam.

Antara fungsi yang ditawarkan dalam Galaxy Fit3 termasuklah Sleep Coaching yang menjejak corak tidur, tahap dengkuran dan tahap oksigen dalam darah untuk bantu pengguna menilai kualiti tidur mereka.

Pada waktu siang, pengguna boleh memanfaatkan 100 jenis senaman yang disediakan dalam Galaxy Fit3. Ia juga turut dilengkapi pengesan jatuh Fall Detection dan Emergency SOS yang boleh bantu pengguna dalam situasi kecemasan. Pengguna boleh menghantar mesej SOS dengan menekan butang sisi sebanyak lima kali.

Ia turut boleh digunakan sebagai Camera Remote atau alat kawalan jauh untuk kamera dalam telefon yang dipautkan. Baterinya pula boleh bertahan sehingga 13 hari.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Galaxy Fit3:

Samsung Galaxy Fit3 akan dijual di Malaysia pada harga RM299. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version