Anda tentu masih ingat pada skrin Samsung Galaxy Fold pertama yang terdapat ruang kamera hadapan yang agak mengganggu di bahagian atas kanan skrin. Menurut khabar terbaru, Galaxy Fold 2 tidak akan mempunyai kamera hadapan seperti itu dan sebaliknya akan dilengkapi dalam sebuah punch-hole.
Menurut sumber di Twitter, imej janaan komputer Galaxy Fold 2 menunjukkan titik punch hole di bahagian atas kanan apabila skrin peranti tersebut dibuka. Ramai orang menyangka bahawa kamera tersebut akan berada di bahagian atas kanan paling hujung, namun ia diletakkan di tengah-tengah skrin sebelah kanan. Mungkin ini bertujuan untuk memberi ruang kepada kamera belakang dalam casisnya (chassis).
Sebelum ini, terdapat berita bahawa Galaxy Fold 2 bakal dilengkapi skrin 7.7 inci apabila ia dibuka, iaitu lebih besar daripada skrin 7.3 inci dalam Galaxy Fold. Skrin itu juga bakal mempunyai kadar segar semula 120Hz. Sementara itu, baterinya pula mempunyai kapasiti 4,365mAh, lebih kecil berbanding Galaxy Fold.
Ia dijangkakan akan dilancarkan pada bulan Ogos ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Ice Universe Twitter

