Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy M01 dikesan di laman web sokongan Samsung

Samsung sedang bersiap sedia untuk melancarkan telefon pintar mampu milik yang akan segarkan semula siri M yang telah dilengkapi dengan pelbagai jenis peranti. Samsung dijangka akan melancarkan Samsung Galaxy M01 setelah ianya tertiris di Google Play Console beberapa hari yang lepas.

Kini, telefon pintar ini dibocorkan lagi apabila sebuah halaman sokongan di laman web Samsung telah dimuat naik untuk Samsung Galaxy M01 di India. Samsung Galaxy M01 dilihat seperti penjenamaan semula Samsung Galaxy A10S yang telah dilancarkan pada Ogos tahun lalu.

Di dalam halaman rasmi tersebut, Samsung Galaxy M01 dilihat akan hadir dengan RAM 3GB dengan nombor model SM-M017F/DS.

Telefon pintar ini juga dijangka akan dilengkapi dengan skrin HD+ bersaiz 6.2 inci, Mediatek Helio P22 dan One UI 2 dengan Android 10. Untuk kamera pula, ia akan hadir dengan kamera utama 13MP, sensor kedalaman 2MP, dan kamera swafoto 8MP.

Samsung Galaxy M01 juga dijangka akan mempunyai bateri sebesar 4000 mAh dengan port microUSB untuk pengecasan serta sensor cap jari pada panel belakangnya. Telefon pintar ini dijangka akan dijual pada tanda harga sekitar 10,000 Indian Rupee (~ RM574).

Adakah ia akan hadir ke pasaran Malaysia tidak lama lagi? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version